Impak penghijrahan Safawi Rasid ke Portimonense SC sememangnya menjadi topik perbualan hangat bukan sahaja penyokong pasukan JDT tetapi juga peminat bola sepak Malaysia secara umum.

Ketika pemain yang berasal dari Terengganu itu mula menjalani latihan bersama pasukan, ramai yang memberikan pelbagai kata-kata semangat untuk Safawi Rasid berusaha gigih mencari tapak di eropah.

Namun begitu, ada perkara yang mencuri perhatian ramai peminat bola sepak semalam apabila seorang ‘seller’ Shopee telah menyenaraikan jersi kelab Portimonense SC untuk jualan pada harga RM627 sehelai!

Screenshot 2020-10-11 at 2.10.29 AM

Dari tinjauan kami di laman web rasmi kelab Portimonense SC, mereka menjual jersi tersebut pada harga €70 sehelai atau sekitar RM324 tidak termasuk kos penghantaran.

Berdasarkan beberapa komen yang ditinggalkan, kos penghantaran menggunakan khidmat kurier dari Portugal ke Malaysia dikatakan pada sekitar RM100+ sahaja dan mereka menyifatkan harga jualan RM627 itu sebagai terlalu tinggi.

Untuk para pembaca yang berkemampuan serta mempunyai minat tidak ada masalah untuk memiliki jersi Portimonense SC ini lebih-lebih lagi dengan nameset Safawi #29.

Apapun selamat maju jaya untuk Safawi Rasid di Portugal!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Graduan Kejuruteraan Universiti Teknologi Kenya Ini ‘Steady’ Sumbat 21 Gol Dalam J1 League 2020 Ketika Liga Berbaki 13 Perlawanan

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Berdepan RWD Molenbeek