Pemain tengah West Ham United, Tomas Soucek dilaporkan telah menjalani pembedahan plastik selepas beliau mengalami kecederaan teruk di bahagian muka ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 bertemu Everton, tempoh hari.

Kecederaan tersebut berpunca daripada stad (studs) kasut penyerang Everton, Salomon Rondon yang terkena muka Soucek ketika kedua-dua pemain sedang bersaing untuk mendapatkan penguasaan bola.

Lebih spesifik untuk diperkatakan, kecederaan yang dialami Soucek adalah di bahagian bawah mata, hidung dan bibir yang terbelah. Satu keadaan kecederaan yang jarang dapat disaksikan dalam kancah bola sepak.

Perkembangan terkini itu disahkan sendiri oleh pengurus pasukan, David Moyes yang mendedahkan semuanya berada dalam keadaan terkawal buat tonggak tengahnya itu.

Lebih menarik, pemain kelahiran Republik Czech itu sudah kembali menjalani latihan sesi latihan bagi menghadapi KRC Genk dalam kempen Liga Europa dan beliau kelihatan cukup ceria dapat bertemu rakan sepasukannya

“Thomas (Soucek) berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja, ” ujar Moyes menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi West Ham United.

“Dia jelas agak sakit dengan beberapa jahitan berbeza yang diterimanya. Dia sekali lagi mendapatkan rawatan bibir pada hari berikutnya dengan doktor berlainan, tetapi dia telah menerima jahitan pada bibir, pipi dan atas hidungnya juga.”

“Tomas mahu beraksi. Bibirnya telah dijahit, ia diselesaikan oleh seorang pakar pembedahan plastik semalam kerana sebelum ini luka itu terlebih dahulu dijahit selepas perlawanan dan kemudiannya telah diberikan rawatan semula [dengan lakukan pembedahan].”

“Saya berfikir dia baik-baik sahaja. Cuma terdapat keputusan sama ada kami akan memilih untuk merehatkannya atau tidak, tetapi saya tidak merasakan kecederaan itu menjadi alasan untuk kami tidak menurunkannya.”

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Steve Bruce Tinggalkan Newcastle United Dengan Persetujuan Bersama

Diego Simeone: Saya Tak Pernah Bersalaman Selepas Perlawanan

Adib Ra’op Mahu Pastikan Perak Hanya Semusim Di Liga Premier