Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejayaan menundukkan Liverpool 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 awal pagi tadi telah melonjakkan West Ham United ke tangga ketiga untuk berkongsi 23 mata dengan Manchester City dan hanya ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Sehubungan dengan kemenangan yang sekali gus meranapkan rekod tanpa kekalahan The Reds tersebut, sudah ada suara-suara mengatakan skuad kendalian David Moyes itu mampu untuk menghadirkan kejutan dalam saingan liga musim ini.

Moyes ketika mengulas mengenai perkara tersebut sebaik sahaja tamat perlawanan turut kelihatan amat positif dengan peluang anak buahnya untuk memberikan saingan hebat buat pasukan gergasi EPL.

“Saya benar-benar mahu menjadi sangat positif pada setiap masa, saya suka untuk mengatakan bahawa itulah yang kami boleh lakukan.”

“Saya tidak melihatnya [West Ham mampu menjadi calon juara liga] pada ketika ini,” ujar Moyes menurut sumber laporan Goal.

Tandukan Kurt Zouma hadiahkan gol ketiga buat West Ham. Kredit Foto: West Ham United

“Kami boleh mencabar empat pasukan teratas tetapi siapa pun mereka, saya mahu lihat adakah kami akan mendapat kesempatan tersebut.”

“Kami terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu hanya dengan perbezaan dua mata, jadi mengapa kami tidak boleh berada di sana [musim hadapan]?

“Kami tidak terbawa-bawa dengan perkara tersebut tetapi suasana pada ketika ini cukup baik dirasakan,” tambah David Moyes lagi.

Selepas mengharungi 11 perlawanan, West Ham mencatatkan tujuh kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Eddie Howe Semakin Hampir Bergelar Pengurus Newcastle United

RASMI: Dean Smith Dipecat Selepas Catatan 7 Kekalahan Daripada 11 Perlawanan

Havertz Menyampah Dengan Burnley Yang Bermain Kasar Dan Tidak Mahu Bermain Bola

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group