Pemain pertahanan negara, Nazirul Naim dikhabarkan telah menemui pasukan baharu setelah beliau meninggalkan Perak pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pasukan baharu Nazirul ialah Sabah sekaligus menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Selangor.

Nazirul menjadi pemain keenam yang meninggalkan Perak selepas pasukan itu menghadapi krisis tunggakan gaji pemain selama beberapa bulan.

Shahrul Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj dan J.Partiban terlebih dahulu memutuskan untuk meninggalkan pasukan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City.

Pemain import Asean, Shakir Hamzah kemudiannya mengikut jejak langkah empat pemain di atas dimana kelab Singapura dan Thailand berminat untuk mendapatkan khidmat Shakir.

Selain semakin hampir untuk menandatangani Nazirul Naim, Sabah dilaporkan diperkuatkan dengan seorang pemain pertahanan kiri iaitu Syazwan Andik yang bakal hadir sebagai pemain pinjaman dari JDT.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Baling Jadi Pilihan KDA Adakan Sesi Latihan Secara Berpusat

Zafuan Azeman Tinggalkan Penang, Sertai Kelantan United

Petaling Jaya City Mahu Pinjam Hazwan Bakri