Bekas pakar analisis pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras kini bergelar pengulas saingan La Liga musim 2022/2023 setelah meninggalkan skuad Harimau Selatan.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Perkara ini dikongsikan oleh Haydee menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau dijemput sebagai pengulas jemputan oleh salah sebuah stesen radio terbesar di Sepanyol iaitu La Cadena SER untuk membuat liputan perlawanan La Liga di antara Celta Vigo menentang Espanyol semalam.

“Ia adalah pengalaman yang cukup hebat bagi saya untuk memberikan komen (insight) untuk perlawanan di antara Celta Vigo menentang Espanyol pada hari pertama saingan (La Liga) musim ini,” kata Haydee.

Menurut perkongsian Granstand Kita, Haydee mengulas bersama dua lagi individu, iaitu Gabi Couñago dan juga Marci Varela – dua pengulas tetap daripada Cadena SER untuk Radio Vigo.

Dalam perlawanan tersebut, Haydee ditugaskan untuk memberikan pendapat dan pandangan beliau daripada sudut taktikal yang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Sebelum ini, Haydee Agras meninggalkan JDT setelah berkhidmat sejak 2019 dimana beliau diberi tugasan untuk menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap perlawanan dan menonton 400 perlawanan bola sepak setiap tahun.

“Saya sudah berada di kelab ini sejak tahun 2019 dan hari ini adalah masa untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Banyak perkara yang saya pelajari dan saya mengambil pengalaman daripadanya dan sudah pasti akan saya bawa sepanjang hidup saya.

“Terima kasih kepada TMJ kerana memberi saya peluang untuk berada menjadi sebahagian daripada keluarga JDT. Saya terhutang budi dengan peluang yang sudah diberikan untuk mengembangkan lagi kerja saya dan berjuang untuk pihak kamu.

“Terima kasih juga kepada Benjamin Mora kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada staff anda. Tahap profesionalisma, cara kerja dan sifat kemanusiaan adalah melebihi pencapaian anda sebagai ketua jurulatih JDT. Dan ini membuktikan banyak perkara. Legasi,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Mengenang Kesetiaan Toni Kroos Terhadap adidas Adipure 11pro

EPL 2022/23: Ragam Tuchel, Conte Hiasi Kebangkitan Tottenham Ikat Chelsea

Barca Mahu Batalkan Kontrak Semasa De Jong Kerana Ada Unsur Jenayah