Pemain pertahanan negara yang beraksi dalam saingan Liga Thailand, Nick Swirad terpaksa meninggalkan kelabnya, Nongbua Pitchaya meskipun baru menandatangani kontrak lanjutan.

Menurut penjelasan Swirad di laman media sosial Instagram miliknya, beliau terpaksa meninggalkan Nongbua kerana tidak mempunyai penampilan bersama skuad kebangsaan yang cukup untuk beraksi di saingan divisyen pertama.

Perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam pula pemain luar negara difahamkan perlu mempunyai penampilan bersama skuad kebangsaan sebanyak tiga kali bagi membolehkan mereka untuk beraksi dalam saingan Thai League 1.

Nick Swirad pula pernah dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan pada 2019 namun beliau tidak membuat sebarang penampilan ekoran mengalami kecederaan ketika itu.

Bersama Nongbua, Swirad membantu kelab itu muncul juara saingan Thai League 2 sekaligus mendapat tempat untuk beraksi di saingan Thai League 1 musim hadapan.

Pemain kelahiran Manchester itu menyertai Nongbua pada jendela perpindahan kedua musim 2020/2021 setelah dilepaskan oleh Selangor.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

JDT Tandatangani Bergson Da Silva Secara Tetap

TMJ Dedahkan Perancangan Masa Depan JDT, Gonzalo Cabrera Sebagai Pemain Naturalisasi 2022?

Samuel Somerville Tekad Mahu Dapatkan Tempat Dalam Kesebelasan Utama