Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pertandingan CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021 yang telah dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan.

Ia selepas mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran pertandingan yang dimaksudkan.

Menurut kenyataan rasmi, keputusan ini juga diambil selaras dengan status penganjuran pertandingan tersebut yang sehingga kini masih belum mendapat kebenaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“FAM turut berasakan bahawa keputusan ini adalah yang terbaik pada ketika ini dan pada masa yang sama memberi lebih ruang kepada setiap pasukan untuk membuat perancangan menghadapi pertandingan ini bagi musim depan.

“FAM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan keputusan dan ketetapan seperti di atas dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pasukan yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha dan perancangan FAM sebelum ini,” kata Setiausaha Agung FAM yang baharu, Saifuddin Abu Bakar.

Ini adalah pertandingan ketiga yang dibatalkan selepas Piala Presiden dan Piala Belia sekaligus menjejaskan pembangunan bola sepak di peringkat bawah umur 21 tahun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar

Perak Sasar Juara Liga Premier Musim Depan

Tomas Trucha: Peluang Penang Untuk Jadi Naib Juara Liga Super 50-50

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group