Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak mahu melepaskan peluang untuk mengusik Liverpool selepas kemenangan 4-1 ke atas Manchester United.

Di mana pengurus City itu berharap kemenangan itu akan memberikan Liverpool kesakitan. Sebelum ini, Guardiola menyatakan bahawa Liverpool menjadi pasukan yang seringkali menyakiti mereka.

Liverpool berjaya merapatkan jurang mata kepada beza 3 mata pada hari sebelumnya. Namun City menjarakkan diri kepada enam mata sekali lagi.

Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez, masing masing menjaringkan 2 gol untuk pasukan Manchester Biru. Sementara itu Man United mendapat gol saguhati menerusi bekas graduan Manchester City iaitu Jadon Sancho.

Guardiola menganggap Liverpool di bawah Klopp sebagai pasukan paling sukar dihadapinya dalam sejarah kariernya.

Bercakap kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan, Guardiola berkata: “Harap kami boleh kata yang kami pun membuatkan bont*t mereka sakit juga.”

“Saya dah kata banyak kali, kejayaan sebagai pengurus, hakikatya selepas tahun demi tahun kami masih perlu berlari seperti yang kami lakukan untuk menang lagi, walaupun selepas 3 kejuaraan.”

“Kami kekal merendah diri dan terus bermain dalam setiap perlawanan, melakukannya dan terus berada di sana, pemain pemain telah melakukannya banyak kali.”

“Untuk bertarung dengan mereka [Liverpool] adalah pencapaian terbesar dalam karier saya. Mereka adalah luar biasa.”

“Liverpool adalah lawan paling sukar yang saya pernah tentang dalam 12-13 tahun karier saya sebagai pengurus.”

Pundit Sky Sports, Roy Keane percaya bahawa kini Manchester City menjadi calon juara dengan jurang lebih besar berbanding sebelum ini.

Pada masa yang sama Keane membidas pemain pemain Manchester United yang menurutnya telah menyerah kalah dalam pertarungan derbi menentang Manchester City.

Keane berkata: “Saya menerima kalau pemain melakukan kesilapan, namun kamu harus sentiasa berlari dan mengejar untuk turun bertahan. Namun pemain pemain ini [Manchester United] mereka menyerah kalah.”

“Menyerah kalah dalam derbi atau mana mana perlawanan adalah perkara yang memalukan,” tegas Roy Keane.

Kini peluang Manchester United untuk ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan kian samar.