Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ejen kepada Erling Braut Haaland iaitu Mino Raiola seolah olah melakukan jelajah Eropah. Selepas berjumpa dengan wakil Barcelona dan Real Madrid, Raiola dikatakan mahu menjelajah ke beberapa kelab di England untuk berbincang soal Haaland.

Raiola dan ayah Haaland sebelum ini sudah bercakap dengan Joan Laporta dan juga pihak pengurusan tertinggi Real Madrid.

Haaland memiliki klausa khas pada 2022, di mana pemain itu boleh pergi dengan klausa pelepasan dianggap mampu milik, iaitu sekitar EUR75 juta sahaja.

Haaland terus menjadi buruan kelab besar. Beliau menunjukkan potensinya sejak di RB Salzburg dan kemudian meneruskan aksi cemerlangnya di Jerman bersama dengan Borussia Dortmund.

Halaand pada musim ini mencetak 33 gol daripada 31 perlawanan. Mundo Depotivo melaporkan bahawa destinasi pilihan Haaland adalah England berbanding dengan Sepanyol. Ini kerana pakej gaji di EPL dilihat jauh lebih lumayan.

Akhbar yang sama melaporkan bahawa Raiola dan Alf Inge Haaland cuba mencari kelab di London untuk pemain itu.

0_Untitled

Terdapat 4 pasukan EPL yang berpotensi ditemui Alf Inge Haaland dan Raiola iaitu Manchester United, Manchester City, Liverpool dan Chelsea.

Haaland sebelum ini enggan mengulas tentang spekulasi tersebut dan mahu fokus untuk aksinya di atas padang.

Peminat Dortmund ternyata tak gembira dengan cara Raiola yang menurut mereka meletakkan kelab mereka di dalam ‘tawanan’.

Jika tidak menerima tawaran, mereka bakal menerima amaun klausa pelepasan yang rendah daripada harga sepatutnya.

Namun klausa pelepasan itu merupakan salah satu syarat wajib dipersetujui Dortmund ketika menandatangani Haaland. Syarat yang membuatkan Man United terlepas Haaland kerana menolaknya.

Baca juga artikel lain

Beberapa Jam Selepas Jumpa Presiden Barcelona, Raiola Dan Ayah Haaland Ke Madrid Pula

Jerman Dimalukan Macedonia Utara, Low Kritik Kegagalan Werner Ini Sebagai ‘Turning Point’

Insiden Baling ‘Armband’, Fernando Santos Bela Ronaldo Kekal Kapten Portugal

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group