2 gol dalam perlawanan CIMB LIga Super Malaysia bertemu Sabah di Stadium Sultan Ibrahim semalam merupakan gol terakhir Safawi Rasid untuk JDT sebelum dijadualkan berlepas ke Portugal malam ini.

Berita mengenai perkara itu telah dikemaskini oleh pihak JDT melalui laman sosial rasmi mereka sebentar tadi.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Safawi Rasid yang bakal berhijrah ke kelab Portimonense SC dalam Liga Primeira Portugal malam ini.”

Safawi yang berusia 23 tahun telah beraksi cemerlang dalam skuad Harimau Selatan sejak melakukan debut pada 27 Januari 2017 melakukan 101 penampilan bersama JDT, menjaringkan 47 gol dan melakukan 18 bantuan jaringan.

Pemain berasal dari Terengganu itu juga telah berjaya memenangi empat kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih bersama Harimau Selatan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Safawi Rasid di Portimonense SC!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

IG Story Eyka Farhana Dedahkan Kehadiran ‘Penyokong’ Ke Stadium, MFL Wajib Tampil Beri Penjelasan

MFL Beri Kebenaran Khas Kepada JDT Untuk Membawa Masuk Ahli Keluarga Pemain Dalam Skala Kecil

Julang Kejuaraan Liga Super 7 Kali Berturut-Turut, JDT Nyata Berada Dalam Kelas Tersendiri