Nama Daniel Gimenez Alcaniz mungkin tidak ramai tahu, tetapi bekas jurulatih Akademi FC Barcelona ini merupakan pembantu ketua jurulatih pasukan Al-Ahed FC dari Lebanon yang menjulang kejuaraan AFC Cup 2019 di Stadium KLFA November lalu.

Kini, Daniel Gimenez yang merupakan ketua jurulatih Al-Ahed FC dikatakan sudah mula mengatur langkah untuk membimbing sebuah pasukan Liga Super Malaysia bagi musim 2021.

Dari maklumat yang diterima, sebuah pasukan Liga Super yang berpangkalan di Lembah Kelang itu sudah pun mengadakan perbincangan dan hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi untuk diselesaikan untuk mendapatkan khidmatnya.

31421332-ba30-4c95-9520-d783b0e93570

Sekiranya perbincangan akhir berjaya mencapai persetujuan dari kedua-dua pihak, Daniel Gimenez bakal menggunakan pengalamannya untuk membantu pasukan tersebut memberikan cabaran dalam aksi Liga Super 2021 nanti.

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh AFC, Daniel Gimenez telah dilantik sebagai ketua jurulatih juara bertahan AFC Cup itu pada hujung bulan Julai 2020 menggantikan Bassem Marmar dan telah berada di Lebanon sejak tahun 2016.

Dari artikel FA Lebanon pula, Gimenez menyertai Al-Ahed sebagai salah seorang Technical Assistant dan selepas 3 bulan beliau dilantik sebagai pembantu ketua jurulatih. Beliau juga bertanggungjawab selaku Technical Supervisor untuk semua pasukan remaja Al-Ahed FC.

Apa yang lebih menarik, Daniel Gimenez turut mempunyai sebuah akademi bola sepak sendiri di Sepanyol!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Media Vietnam Ini ‘Cincai Kira’ Kutip 6 Mata Lawan Malaysia Dan Indonesia, Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

RASMI: FAS Umum Karsten Neitzel Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Skuad Gergasi Merah!

Tonton Video Tembual Hadi Fayyadh Dalam Bahasa Jepun Yang Amat Membanggakan