Skuad kebangsaan Syria muncul sebagai pasukan kedua yang tempah tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dan juga dapat slot automatik ke Piala Asia 2023 selepas dinobatkan sebagai juara kumpulan A.

Kemenangan 3-0 ke atas Guam semalam memastikan pasukan itu kekalkan rekod tanpa kalah dengan 21 mata apabila konsisten mencatat kemenangan dalam 7 perlawanan berturut-turut.

Mereka akan sertai Jepun dalam senarai 12 pasukan terbaik Asia yang akan beraksi di pusingan ketiga untuk merebut tiket ke Piala Dunia 2022 di Qatar. Baki 10 lagi pasukan yang layak akan ditentukan kemudian.

Selain Syria, China juga berpeluang menyertai pasukan itu di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 melalui slot tempat kedua terbaik dengan syarat mereka mengutip 3 mata dalam dua perlawanan terakhir menentang Maldives dan Syria.

China kini mengumpulkan 13 mata selepas mencatat 4 kemenangan dan 1 keputusan seri. Jika mereka gagal memperolehi kemenangan dalam baki 2 perlawanan terakhir, mereka akan beraksi di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 bersama satu lagi pasukan, Filipina.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Vietnam Hilang Khidmat Nguyen Quang Hai Berdepan Malaysia, Digantung Selepas Terima 2 Kad Kuning

Ali Mabkhout Tak Hirau Statistik Peribadi, Fokus Bawa UAE Ke Piala Dunia

UAE Terus Lakar Kemenangan, Thailand Jadi Mangsa Kedua