Kelab Qatar, Al-Rayyan SC terus menandatangani pemain bertaraf bintang dimana baru-baru ini mereka berjaya mendapatkan khidmat pemenang Piala Dunia 2018, Steven Nzonzi.

Perkara ini dikongsikan oleh Fabrizio Romano dimana Nzonzi meninggalkan kelab Serie A, AS Roma setelah kontraknya tamat dan menyertai Al-Rayyan secara percuma.

Nzonzi menjadi sebahagian dalam skuad Perancis ketika memenangi Piala Dunia 2018 dimana skuad bimbingan Didier Deschamps menewaskan Croatia di pentas final.

Al-Rayyan sebelum ini menandatangani James Rodriguez dari Everton setelah pemain itu tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kelab apabila Carlo Ancelotti kembali menjadi pengurus Real Madrid.

Awal musim lalu, James menyertai Everton kerana mahu bekerjasama dengan Ancelotti, sama seperti ketika beliau beraksi bersama Real Madrid dan Bayern Munich dibawah kendalian pengurus dari Itali itu sebelumnya.

Selain James Rodriguez dan Steven Nzonzi, Al-Rayyan turut diperkuatkan oleh pemain skuad kebangsaan Algeria, Yacine Brahimi yang turut mempunyai pengalaman luas di Eropah dimana sebelum ini beliau beraksi bersama FC Porto.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Perancis, Laurent Blanc merupakan ketua jurulatih kelab.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

RASMI: Singapura Dipilih Sebagai Tuan Rumah Piala Suzuki AFF 2020

TERKINI: Mano Polking Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Thailand

Gol Jarak Jauh Park Tae-su Dapat Perhatian FIFA, Media Antarabangsa