Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru-baru ini naib juara Liga Super 2022, pasukan Terengganu mengumumkan mereka melepaskan seramai 12 pemain daripada skuad musim ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Artikel Berkaitan:

Antara pemain yang dilepaskan ialah Shamirza Yusoff, Sharin Sapien, Nik Akif Shahiran, Arif Anwar, Hafizal Alias, Faisal Halim, Azalinullah Alias serta lima pemain import iaitu Manuel Ott, Tcetche Kipre, Kpah Sherman, Papé Diakité dan Petrus Shitembi.

Setelah dilepaskan, Papé Diakité memberikan penjelasan mengapa beliau berada dalam senarai pemain import yang dilepaskan meskipun beraksi dengan baik musim lalu.

Menurut pemain kelahiran Senegal itu, beliau sebenarnya tidak mahu meninggalkan pasukan namun beliau tidak menerima sebarang kontrak lanjutan dari pengurusan pasukan.

“Kepada semua penyokong Terengganu yang saya kasihi, saya mahu semua pihak tahu yang saya secara peribadi tidak mahu meninggalkan pasukan. Realitinya adalah saya tidak menerima sebarang tawaran dari pengurusan pasukan,” katanya.

Musim ini, Pape cemerlang di bahagian pertahanan dimana beliau membantu kelab dari Pantai Timur itu mara ke perlawanan akhir Piala FA, muncul sebagai naib juara dalam saingan Liga Super dan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Terengganu melakukan rombakan besar-besaran bagi menghadapi musim 2023 dimana selain pemain, ketua jurulatih sebelumnya, Nafuzi Zain mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak dan menyertai Kedah Darul Aman.

Musim hadapan, Terengganu dibimbing oleh ketua jurulatih dari Croatia, Tomislav Steinbruckner dan setakat ini telah mendapatkan dua khidmat pemain import. Habib Haroon menandatangani kontrak lanjutan dan bekas pemain Melaka United, Sony Norde turut menyertai pasukan.