Juara Piala Asia 2019, Qatar telah menerima jemputan untuk beraksi dalam kejohanan Piala Emas (Gold Cup) anjuran Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) di Amerika Syarikat.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan mengatakan Qatar akan menyertai Gold Cup mulai tahun depan dan 2023 sebagai pasukan jemputan bagi memenuhi memorandum persefahaman yang telah ditandatangani di Bahrain pada 2017.

Qatar juga merupakan pasukan kedua dari Asia yang menyertai kejohanan tersebut selepas Korea Selatan membuat penampilan pada tahun 2000 dan 2002 sebelum menjadi tuan rumah Piala Dunia bersama Jepun.

“Kami nampak peluang yang jelas bagi kedua-dua konfederasi untuk saling membantu dan meningkatkan antara satu sama lain dari segi persembahan di padang – pasukan, pemain dan pegawai perlawanan serta kakitangan operasi.

“Yang paling penting, perkembangan permainan yang berterusan di seberang benua kita,”kata Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ibrahim Al Khalifa dalam satu kenyataan.

Tahun lepas, Qatar menjadi wakil Asia yang bertanding dalam saingan Copa America 2019 bersama Jepun. Mereka tewas dalam dua perlawanan dan seri-2- dengan Paraguay di peringkat kumpulan.

“Qatar dapat mengembangkan pengetahuan mereka sendiri mengenai bola sepak antarabangsa sejak beraksi dalam AFC Asian Cup UAE 2019 tahun lalu dan juga Copa America. Kami yakin semua orang akan mendapat manfaat daripada kehadiran Qatar dalam pertandingan ini,” jelas Sheikh Salman. Q

Qatar menjuarai Piala Asia 2019 buat kali pertama setelah mengejutkan Jepun, 3-1 di perlawanan akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

FIFA Mungkin Ubah Peraturan Naturalisasi, Bakal Beri Kelebihan Kepada China

Hak Penyiaran Thai League Bernilai RM1.58 Bilion Untuk 8 Tahun, Zense Entertainment Calon Utama Pemenang Bidaan

TERKINI: Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Terbongkar, Dilangsungkan Pada Bulan Ramadhan 2021?

Liga Domestik UAE Terpaksa Ditangguhkan Sekali Lagi