Bekas pemain Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman mengucapkan selamat tinggal kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kontraknya tidak lagi disambung dan bakal menyertai pasukan baharu pada musim depan.

JDT menandatangani Rozaimi pada 2016 dari Sabah. Ketika itu, dia dalam proses pemulihan daripada kecederaan akibat kemalangan jalan raya yang mengemparkan peminat bola sepak tempatan pada bulan Julai 2015.

Menurut kenyataannya dalam instagram, beliau sangat berterima kasih kepada pemilik kelab, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan karier bola sepak.

“Adalah satu kebanggaan dalam karier bolasepak saya apabila dapat bersama dengan kelab terbaik negara iaitu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sepanjang 5 tahun ini. Ia bukan setakat hanya sebuah kelab tetapi ia adalah satu keluarga besar iaitu keluarga JDT

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘Boss’ saya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang meletakkan kepercayaan kepada saya dari dulu lagi. Alhamdulillah dengan fasiliti terbaik yang TMJ sediakan di JDT, saya mampu untuk meneruskan karier saya semula. Terima kasih sekali lagi Boss atas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CHxTOjQBDi-/?utm_source=ig_web_copy_link

Berdasarkan khabar angin di media sosial, difahamkan Rozaimi kemungkinan akan kembali memperkuatkan Sabah dalam saingan Liga Super musim depan namun terdapat juga pasukan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Sepanjang 5 tahun beraksi bersama JDT II, Rozaimi telah menjaringkan 6 gol dalam 21 penampilan.

“Lima tahun perjalanan karier saya telah dijaga dengan baik oleh JDT umumnya dan TMJ khususnya. Kini tiba masanya untuk saya mengorak langkah ke satu lagi tahap untuk meneruskan karier bola sepak saya,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

https://www.vocketfc.com/penyerang-kebangsaan-lebanon-mohamad-kdouh-bakal-kuatkan-jentera-serangan-pulau-pinang-2021/

Herold Goulon Kekal Bersama Pahang Musim Hadapan

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia