Pengadil Michael Oliver akhirnya memberikan pandangannya tentang insiden Pickford dan Van Dijk setelah dua bulan ianya berlaku.

Pickford ketika itu melakukan kekasaran yang menyebabkan kecederaan panjang pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk pada 17 Oktober pada aksi Merseyside Derby di Goodison Park.

Terjahan keras itu sudah beberapa kali dilakukan penjaga England tersebut sebelum ini. Ianya memudaratkan. Namun Pickford tidak dilayangkan kad merah pada masa itu kerana Van Dijk dianggap ofsaid terlebih dahulu.

Ia mengundang protes kuat dari kem Liverpool kerana bentesan seperti itu sangat bahaya.

Oliver sebagai pengadil dikritik kerana tidak melayangkan kad merah, dan akhirnya Oliver sendiri bersuara.

Oliver mengakui, penalti tidak diberikan kerana Van Dijk melakukan pelanggaran terlebih dahulu. Tetapi hanya setelah melihat ulangan itu, Oliver mengakui bahawa dia salah dan sepatutnya mengusir Pickford dari padang.

Namun pada masa itu Oliver menegaskan tak seorang pun pemain Liverpool yang meminta Pickford dibuang padang.

“Itu adalah permainan yang besar. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik. Penjaga garisan memberikan ofsaid dan lewat mengangkat benderanya, seperti yang sering terjadi musim ini, kemudian Pickford menerjah Van Dijk,” kata Oliver kepada Daily Mail.

“Pandangan awal saya adalah bahawa ia tidak boleh diberikan penalti kerana ofsaid, jadi pertama sekalinya kita harus memeriksa ofsaid itu.”

“Seingat saya, saya berkata kepada pengadil VAR, ‘Sekiranya tidak ofsaid saya akan memberikannya penalti.’ Saya melihat video itu beberapa kali.”

“Saya rasa Pickford hanya mencuba melebarkan kakinya, tetapi dia melakukannya dengan cara yang salah,”sambungnya.

“Kita seharusnya dapat terus mengekalkan keputusan ofsaid itu dan membuang Pickford pada masa yang sama. Apa yang mengejutkan saya ialah tidak ada pemain [Liverpool] di lapangan yang meminta kad merah. Tidak ada yang memintanya.”

“Kami terlalu fokus untuk berfikir selangkah demi selangkah daripada memikirkan proses yang lebih besar, serta tidak memikirkan soal lain mengatasi fakta bahawa itu tidak boleh jadi penalti.”

“Kita harus dapat terus dengan keputusan ofsaid, seperti yang kita lakukan ketika itu, tetapi pada masa yang sama memberika Jordan hukuman yang berbeza kepada Pickford.”

Baca juga perkembangan lain

Casillas Nasihatkan Donnarumma Pindah Ke Kelab Yang Lebih Betradisi Dan Kuat Di Eropah

TERKINI: Pochettino Mahukan Aguero

Piala FA: 2 Gol Masa Ekstra Arsenal Singkirkan Newcastle