Kelab bola sepak Selangor United dilaporkan bakal menarik diri daripada saingan Liga Premier 2020 menurut sumber daripada La Bola Malaya.

Difahamkan kelab yang berpusat di lembah klang itu mengalami masalah kewangan yang serius dan tempat mereka kemungkinan akan diisi oleh Sarawak FA yang diturunkan pangkat ke Liga M3 selepas tewas kepada Kuching FA dalam perlawanan play-off minggu lepas.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada Selangor United ataupun badan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) mengenai status pasukan itu pada musim depan.

Bagaimanapun, sumber daripada Fox Sports menjelaskan Selangor United bukan menarik diri sebaliknya bakal diambil alih oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan ditukar nama kepada Sarawak United untuk terus kekal beraksi dalam Liga Premier.

“Sarawak berpendapat mereka tidak boleh bermain di liga amatur, ia sesuatu yang buruk untuk imej bolasepak mereka. Selangor United pula berdepan masalah kewangan dan sukar untuk beroperasi tanpa bajet yang mencukupi. Kita tidak mahu sekarang semua nampak ok tetapi kemudian hari banyak masalah berbangkit khususnya tunggakan gaji.

“Jadi ada cadangan daripada ‘orang kuat’ bolasepak supaya kedua-dua pasukan ini bergabung dan slot milik Selangor United itu tidak dikorbankan dan kekal milik Selangor United, cuma bermain dengan nama yang berbeza, contohnya seperti Sarawak United.

“Semua ini belum dimuktamadkan lagi mungkin akan perbincangan kedua-dua pihak bersama dengan penganjur liga. Kita tengoklah apa jadi,” kata sumber itu.

Selangor United layak ke Liga Premier 2019 setelah muncul sebagai naib juara Liga FAM pada tahun 2018. Mereka menghuni kedudukan kesembilan pada musim ini.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

UKM FC Bakal Beraksi Di Halaman Sendiri Dalam Saingan Liga Premier 2020

KFA Tidak Sambung Kontrak 10 Pemain, Kipre Tchetche Dan Kpah Sherman Sah Sertai Pasukan

Safuwan Baharudin Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Selangor

Sumber