Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab bola sepak Selangor (Selangor FC)  hari ini mengesahkan kedua-dua pasukan Gergasi Merah akan beraksi di venue yang baharu bagi menyambung semula saingan Liga M selepas kawasan mereka menjadi salah satu negeri dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 1 Jun yang lalu.

Menurut kenyataan rasmi, pasukan utama iaitu Selangor FC akan beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bagi perlawanan Liga Super 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), UiTM FC dan PJ City FC manakala menentang Melaka United FC di Stadium Hang Jebat  bermula 24 Julai ini.

Sementara itu, pasukan ‘feeder club’ iaitu Selangor FC 2 pula akan ke Perak menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebagai venue tuan rumah pasukan untuk aksi-aksi Liga Premier 2021 bermula 17 Julai ini menentang Sarawak United FC.

Malaysia Football League (MFL) sebelum ini mengumumkan pasukan-pasukan yang terlibat dalam PKPD perlu mencari venue baharu kerana sebarang perlawanan Liga Malaysia termasuk perlawanan latihan tidak dibenarkan berlangsung di kawasan PKPD.

Pertukaran venue perlawanan ini dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sebarang pertukaran yang berlaku juga adalah seiring dengan garis panduan yang telah ditetapkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MFL.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Status PKPD Halang Sri Pahang Adakan Perlawanan Persahabatan

Perlawanan Liga Malaysia Tidak Dibenarkan Berlangsung Di Kawasan PKPD

Perak Perkenalkan Jersi Ketiga Dan Kit Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun Ke-100

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group