Disebalik kebimbangan wabak Virus Corona, skuad Gergasi Merah tetap menyertai kejohanan jemputan Meizhou Hakka Cup yang bermula pada hari ini hingga 29 Januari 2020 di Meizhou, China.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan ke China berikutan penularan wabak Virus Corona.

Sejak kes pertama mula berbunyi pada 31 Disember 2019, wabak tersebut yang berasal dari Wuhan, China telah membunuh 17 orang, manakala 450 lagi dijangkiti.

Wabak yang turut dikenali sebagai 2019-nCoV ini telah mula masuk ke negara-negara asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan. Namun Selasa lalu, Amerika Syarikat mencatatkan kes pertama wabak ini.

Mengulas mengenai isu tersebut, pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga dan mereka akan ditemani oleh seorang doktor untuk memantau tahap kesihatan pemain. 

“Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah menyediakan seorang doktor khas untuk memantau keadaan serta bertindak selaku penasihat. Dalam penerangan semalam, kami telah dimaklumkan apa yang perlu dilakukan, jadi diharapkan semua pemain berjaga-jaga,” katanya dalam Stadium Astro.

80375208_3318980224841112_4364838558410735616_n
FOTO: FAS

Selain Selangor, kelab divisyen 1 Thailand, Chonburi FC dan kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu turut menyertai kejohanan tersebut bersama tuan rumah, Meizhou Hakka FC.

Meizhou Hakka FC merupakan kelab daripada divisyen 2 liga China dan pasukan itu menduduki di tangga ke 10 dengan 39 mata pada musim 2019.

Ini merupakan sebahagian daripada persiapan Selangor untuk menguji keupayaan pemain beraksi di pentas Asia sebelum menghadapi musim yang lebih mencabar dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pemain tidak turut serta dalam kunjungan ke China itu susulan masih berada dalam tempoh pemulihan akibat kecederaan.

“Rufino Segovia dan Norhakim Isa akan kekal di Selangor dan mereka akan dipantau sambil pemain lain yang ke China akan dinilai tahap kecergasan masing-masing.” kata Mahfizul.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Liga Malaysia 2020: Amri Yahyah Sah Sarung Jersi Sarawak United

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia

Hasrat KLFA Wujudkan Kuala Lumpur II Tidak Diluluskan MFL