Laman web rasmi FC Barcelona menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia apabila satu artikel yang telah dikemaskini pada 24 April 2018 yang lalu menjadi viral.

Artikel itu asalnya bertujuan untuk menunjukkan bahawa FC Barcelona muncul sebagai pasukan paling banyak menjuarai piala kejohanan domestik dengan 30 kali sebagai juara Copa del Rey.

4 lagi kelab yang disebut dalam artikel itu adalah FC Bayern Munich dari Jerman (juara DFB Pokal 18 kali), Arsenal dari England (juara Piala FA Inggeris 13 kali), Juventus dari Itali (juara Coppa Italia 12 kali) dan Paris Saint-Germain dari Perancis (juara Coupe de France 11 kali).

selangor juara 33 kali

Apa yang menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia adalah apabila artikel itu memetik nama pasukan Selangor sebagai salah satu pasukan yang berada dalam Top 8 dunia, pasukan paling banyak menjuarai piala diperingkat domestik, sekurang-kurangnya 30 kali.

Top 8 dunia pasukan paling banyak juara piala domestik adalah seperti berikut;

  • FC Vaduz (Juara Liechtenstein Cup 46 kali)
  • Linfield dari Ireland Utara (Juara Irish Cup 43 kali)
  • Celtic dari Scotland (Juara Scottish Cup 38 kali)
  • Al-Ahly dari Mesir (Juara Egypt Cup 36 kali)
  • Al-Muharraq dari Bahrain (Juara Bahraini Cup 33 kali)
  • Rangers FC dari Scotland (Juara Scottish Cup 33 kali)
  • Selangor dari Malaysia (Juara Piala Malaysia 33 kali)

FC Vaduz juga merupakan pemegang rekod dunia sebagai pasukan paling banyak menjuarai piala kejohanan domestik (Liechtenstein Cup) secara berturut-turut selama 14 musim dari 1998 hingga 2011!

Nota: Liechtenstein tidak mempunyai liga bola sepak sendiri dan pasukan dari negara ini menyertai liga bola sepak Switzerland. Satu-satunya pertandingan domestik yang ada adalah Liechtenstein Cup dimana juara kejohanan ini akan mewakili Liechtenstein dalam pusingan kelayakan UEFA Europa League.

Bagi musim 2018-19, hanya 7 pasukan terlibat dalam Liechtenstein Cup dan FC Vaduz merupakan pasukan paling tinggi beraksi dalam hierarki bola sepak Switzerland – Swiss Challenge League (Liga Divisyen 2) dan 6 lagi pasukan beraksi dalam liga divisyen 4 hingga 8 dalam sistem bola sepak Switzeland.

 

Sumber