Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan skuad The Red Giants akan menyertai kejohanan bola sepak jemputan Meizhou Hakka Cup pada 24 hingga 29 Januari 2020 di Meizhou, China.

Selain Selangor, kelab divisyen 1 Thailand, Chonburi FC dan kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu turut menyertai kejohanan tersebut bersama tuan rumah, Meizhou Hakka FC.

Meizhou Hakka FC merupakan kelab daripada divisyen 2 liga China dan pasukan itu menduduki di tangga ke 10 dengan 39 mata pada musim 2019.

80409807_3318980211507780_2602408186015121408_n
FOTO: FAS

Ini merupakan persiapan terbaik yang dilakukan oleh Selangor untuk menguji keupayaan mereka beraksi di pentas Asia sebelum menghadapi musim yang lebih mencabar dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Sebelum menyertai kejohanan itu, Selangor akan menganjurkan kejohanan Asia Challenge 2020 pada 18 dan 19 Januari di Stadium Shah Alam.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu melibatkan penyertaan tiga pasukan terbaik dari negara jiran iaitu Bangkok United FC dari Thailand, Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

Para penyokong Selangor boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan kejohanan tersebut menerusi laman web FAS atau pada hari kejohanan dengan harga RM15 bagi pemegang kad Red Giants dan RM30 bagi bukan pemegang kad manakala untuk kanak-kanak adalah RM5.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah.

Penyerang Muda Myanmar Tolak Tawaran Kelab Malaysia Kerana Gaya Permainan Tak Sesuai

Kelab Switzerland, FC Zurich Berminat Untuk Mengambil Khidmat Safawi Rasid?

Jako Jenama Rasmi Jersi Skuad The Bos Gaurus Musim 2020