Saingan Liga Malaysia musim 2020 ditangguhkan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda negara ketika ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan tersebut bagi menjaga kesihatan serta memastikan peminat serta pemain tidak dijangkiti oleh virus berbahaya itu.

Penundaan ini dilihat menjadi peluang terbaik untuk pasukan memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang empat perlawanan liga berlangsung.

Selangor
Sumber Gambar: FA Selangor

Seperti contoh, Selangor boleh memberikan tumpuan untuk memperbaiki benteng pertahanan setelah melepaskan dua gol mudah ketika berdepan pasukan Kedah di Stadium Darul Aman minggu lalu.

Barisan pertahanan yang diketuai oleh Taylor Regan menerima kritikan pedas daripada ramai pihak terutamanya peminat dimana mereka gagal untuk menampilkan aksi terbaik sekaligus dibolosi 7 gol dalam empat perlawanan.

Selangor
Sumber Gambar: MFL

Apa yang boleh dipertimbangkan oleh ketua jurulatih pasukan, B.Satianathan ialah mencuba pemain lain seperti Nick Swirad atau Safuwan Baharudin untuk digandingkan dengan Rodney Celvin.

Selain itu, beberapa pemain daripada Selangor 2 seperti Shahrul Nazeem dan Harith Haiqal juga boleh dijadikan sebagai option bagi mengisi barisan pertahanan.

Selangor
Sumber Gambar: FA Selangor

FAM dan MFL bagaimanapun masih belum memberi kata putus mengenai tarikh untuk saingan Liga Malaysia musim ini kembali bersambung.

Selain Malaysia, negara Asia lain seperti Jepun, China dan Korea Selatan juga menggantung sementara saingan bola sepak domestik mereka.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

B.Satianathan Akui Kekalahan Kepada Kedah Merupakan Kesalahan Sendiri

Selalu Dihina Dan Serangan “Racist” Faktor Utama B.Satianathan Buat Laporan Polis

Benteng Pertahanan Selangor Rapuh, Tuai Kritikan Pedas Dari Peminat