Kelab Bola Sepak Selangor (SPC) hari ini lancar jersi ‘away’ terbaharu mereka untuk dipakai dalam saingan Liga Malaysia musim 2022 dengan bertemakan #TerusBerjuang sempena solidariti bersama para pesakit kanser di dunia.

Jersi ‘away’ SPC kali ini tampil berbeza dengan mengambil inspirasi daripada semangat juang pemain tengah mereka, Brendan Gan yang juga merupakan salah seorang pesakit kanser hingga kembali sembuh untuk beraksi pada musim ini. Ianya bukan sekadar jersi tetapi suatu kebangkitan.

Hijau teal dipilih sebagai warna utama jersi ini yang bermaksud harapan dan permulaan yang baharu. Lebih menarik, terdapat juga simbol reben di jersi tersebut sebagai lambang solidariti dalam perjuangan mengatasi kanser dan sebarang cabaran hidup.

Selain itu,  jersi ini turut dilengkapi dengan warna fuchsia yang terdapat pada bahagian lengan, kolar dan juga digunakan sebagai warna untuk nombor jersi rasmi pemain.

Warna fuchsia membawa maksud keyakinan, keberanian dan kebersamaan. Akhir sekali warna Ivory yang memberi gambaran kesucian, ketenangan, dalam perjuangan para pesakit kanser untuk kembali bangkit.

Lambang garisan yang terletak halus di jersi tersebut pula merupakan maksud inspirasi untuk terus positif dan tidak berputus asa dalam perjuangan untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, jersi ini membawa seribu makna dan memberi semangat tambahan kepada para penyokong setia Selangor atau ahli keluarga mereka yang menghidapi penyakit kanser untuk terus berjuang.

Jersi Away terbaru ini boleh didapati di laman web Selangor FC dengan harga RM119 (10% Diskaun untuk pemegang RGTC 2022 ). Seperti musim lalu, jersi ini dijangka laris serta jadi rebutan para pengumpul jersi tempatan dan ia sememangnya merupakan antara koleksi yang wajib dimiliki oleh para peminat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu