Selangor sudah memulakan persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila dikhabarkan mengekalkan khidmat penjaring terbanyak Liga Super 2020, Ifedayo Olesegun.

Menurut laporan warwatan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, skuad yang akan dibimbing oleh Karsten Neitzel itu ddifahamkan sudah hampir lengkap dimana selain mengekalkan khidmat Ifedayo, Selangor turut dikhabarkan bakal mendapatkan dua pemain import dari Jerman dan satu dari Switzerland.

Sebelum ini, Ifedayo yang muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan 12 jaringan dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan yang akan bersaing dalam saingan Piala AFC musim hadapan iaitu Terengganu FC.

Namun, setelah mengadakan perbincangan dengan pengurusan pasukan, bekas pemain Felda United dan Melaka United itu dilihat bersetuju untuk kekal sekaligus mengetuai jentera serangan bagi saingan musim 2021.

Setakat ini, masih belum jelas mengenai identiti tiga pemain import baharu yang akan dibawa masuk oleh skuad Red Giants. Difahamkan pemain yang akan diambil bakal mengisi posisi pertahanan dan juga di bahagian serangan.

Dalam saingan Liga Super musim lalu, Selangor menduduki tangga kelima, peningkatan yang ketara setelah bergelut dengan prestasi pada awal musim.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Perak Kekalkan Tiga Pemain Bagi Hadapi Saingan Liga Malaysia 2021

Wan Zack Haikal Kekal Bersama Selangor Musim Hadapan

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia