Pasukan pembangunan, Selangor II membuat pusingan U apabila memutuskan untuk menggunakan khidmat pemain import dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon dimana beliau menegaskan Pengarah Teknikal FAS, Michael Fecteinbeiner berpendapat kelibat seorang awang import mampu untuk mengetuai barisan muda Selangor II.

Selangor II

Sumber Gambar: FA Selangor

“Kemasukan pemain import ini bukan untuk kami memenangi saingan liga tetapi bagi memastikan Selangor II tidak tersingkir ke Liga M3.

“Kami mahu pastikan pemain muda berada di tahap kejohanan setinggi mungkin. Insya-Allah kami akan membawa masuk seorang pemain import untuk kekal bersaing,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Selangor II

Sumber Gambar: Stuttgarter Zeitung

Pada masa yang sama, Dr Johan menambah kini Selangor II sedang mencari pemain tempatan berpengalaman untuk memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Perdana.

“Untuk skuad utama, kami yakin sudah memiliki pemain yang diinginkan. Untuk Selangor II, mungkin ada penambahan secara dalaman kerana saya rasa kami ada ramai pemain berbakat,” ujarnya.

Sebelum ini, FAS mempunyai pendirian tidak menggunakan khidmat pemain import dalam pasukan Selangor II dimana mereka mahu memberi lebih peluang kepada pemain muda tempatan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Satiananthan Sedia Bawa Selangor Ke Asia Pada Tahun 2021

FAS Jelaskan Mengapa Michael Feichtenbeiner Turut Dilantik Sebagai Pengendali Selangor II

B.Satianathan Puas Hati Dengan Pemain Baharu Selangor

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group