Badan pentadbir Liga, Malaysian Football League (MFL) selepas ini tidak akan benarkan mana-mana pasukan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang sementara untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut laporan daripada Bernama, ia adalah sebagai usaha MFL untuk memelihara prestij stadium berkenaan sebagai gelanggang rasmi pasukan kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan turut mengesahkan perkembangan itu dan berkata hanya aksi final Piala Malaysia dan Piala FA sahaja dibenarkan untuk menggunakan stadium yang mampu memuatkan lebih 80,000 penonton itu.

Justeru itu, perlawanan CIMB Liga Super diantara Selangor menentang Perak malam esok merupakan perlawanan terakhir liga tempatan berlangsung di stadium itu.

“MFL ingin memberi peringatan bahawa ini merupakan kelulusan kali terakhir bagi mana-mana pasukan dalam Liga-M untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Selepas ini Stadium Nasional Bukit Jalil hanya dibenarkan untuk pengelolaan perlawanan akhir Piala Malaysia, Piala FA dan perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan sahaja,” katanya.

MFL
Sumber Gambar: Stadium Astro

Dua pasukan Liga Super yang berpengkalan di Lembah Klang iaitu Selangor dan Petaling Jaya City (PJ City) ‘hilang sementara’ gelanggang keramat mereka selepas MFL mengesahkan Stadium Shah Alam dan Stadium MBPJ tidak sesuai digunakan untuk perlawanan terdekat ini.

Ghani berharap isu ini akan memberikan pengajaran yang berguna kepada setiap pasukan supaya memastikan venue perlawanan mereka lebih bersedia sebelum saingan Liga bermula.

“Saya berharap isu ini akan memberi kesedaran lebih tinggi kepada kesemua pasukan iaitu pasukan perlu bergerak lebih proaktif untuk meneliti tahap keadaan stadium yang didaftarkan oleh mereka dari segi keselamatan, keselesaan, kemudahan, keadaan padang dan sebagainya sebelum memanggil MFL turun melakukan pemeriksaan venue,” jelasnya.

Baca juga artikel lain berkaitan isu stadium di Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Padang Dan Bilik Persalinan Punca Stadium MBPJ Tidak Boleh Digunakan, MFL Arah PJ City Cari Gelanggang Lain

Stadium Shah Alam Tidak Boleh Digunakan Bagi Saingan Liga Malaysia Musim 2020

Mehmet Durakovic Puji Padang SSMZA, Satiananthan Kritik Padang Stadium Darul Makmur