Teka-teki mengenai masa hadapan pemain tengah skuad kebangsaan, Brendan Gan semakin menemui titik terang apabila pasukan Selangor dikhabarkan menjadi destinasi baharu untuk pemain itu pada saingan Liga Malaysia musim 2020.

Sejak Perak terkeluar dari saingan Piala Malaysia 2019 di peringkat suku akhir apabila tewas kepada Selangor, masa depan beberapa pemain penting pasukan termasuk Brendan menjadi tanda tanya sama ada mereka kekal ataupun berhijrah ke pasukan lain.

Selangor
Brendan Gan

Perkara ini ditambah dengan sikap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) ketika itu yang mengambil tindakan sambil lewa dimana mereka belum memuktamadkan kontrak pemain bagi menghadapi musim 2020.

Seperti sedia maklum, musim hadapan Selangor bakal tampil dengan wajah baharu dimana mereka bakal mempunyai feeder team iaitu PKNS FC yang bakal ditukar kepada Selangor II dan dikhabarkan mahu membuat perubahan di barisan pemain dengan membawa masuk beberapa muka baharu.

Jika Brendan menyertai Selangor, besar kemungkinan beliau akan bersaing dengan dua pemain iaitu Halim Shari dan K.Sarkunan bagi mendapatkan tempat di bahagian tengah dalam kesebelasan utama.

Selangor
Brendan Gan

Brendan dilihat bakal digandingkan dengan Endrick Dos Santos di bahagian tengah bagi memberi sokongan kepada jentera serangan yang sehingga saat ini masih lagi menjadi tanda tanya tentang pemain mana yang bakal mengisi bahagian serangan Selangor.

Sebelum ini, Selangor turut dikaitkan dengan perpindahan pemain lain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Super musim 2019 iaitu bekas penyerang import Kedah, Fernando Rodriguez dan beberapa pemain dari pasukan Pahang.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor yang telah kami sediakan di sini:

Apa Kabar Elie Aiboy? Eks Winger Lincah Selangor FA Asal Indonesia

B.Satianathan Kekal Kendalikan Selangor Musim Hadapan

B.Satianathan Optimis Selangor Tampil Lebih Baik Musim Hadapan