Fokus pasukan Selangor kini terarah kepada perebutan tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim 2019 dimana mereka mahu meraih tiga mata penuh apabila menerima kunjungan Petaling Jaya City FC di Stadium Shah Alam pada malam ini.

Setelah tewas kepada Perak dengan keputusan 3-2 pada perlawanan terakhir Liga, peluang Red Giants untuk mencabar Pahang yang ketika ini menduduki tangga kedua dilihat sukar dan mereka kini beralih fokus dengan menjadi tiga pasukan teratas dalam carta Liga Super dengan memenangi aksi terakhir di laman sendiri.

Menjelang perlawanan malam ini, skuad kendalian B.Sathianathan kehilangan dua tonggak utama iaitu Ashmawi Yakin dan Faiz Nasir yang masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaan yang dialami.

Meskipun kehilangan khidmat dua pemain ini, namun peluang Selangor untuk meraih tiga mata penuh malam ini dilihat tidak terjejas setelah trio di bahagian serangan, Sandro Da Silva, Endrick Dos Santos dan Ifedayo Olesegun menampilkan persembahan terbaik pada tiga perlawanan terakhir Liga.

Endrick Dos Santos

Sumber Gambar: BH

Selain itu, menurut laporan di laman web rasmi Selangor, tiga pemain yang sebelum ini tidak dapat diturunkan iaitu K. Prabakaran, Nurridzuan Abu Hassan serta Azreen Zulkafali dilaporkan sudah kembali bersama skuad utama dan sudah bersedia untuk diturunkan.

Bagi Petaling Jaya City pula, mereka turut mempunyai misi tersendiri dimana mahu menjarakkan kedudukan dengan tiga pasukan yang ketika ini sedang bergelut untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana musim hadapan.

Petaling Jaya City FC

Sumber Gambar: Petaling Jaya City FC

Skuad bimbingan K.Devan ini sedang menduduki tangga ke-9, dibezakan lima mata dengan PKNP FC dan Felda United yang ketika menduduki tangga ke-10 dan ke-11.

Pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Stadium MBPJpada awal musim ini, keduanya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 hasil jaringan Pedro Henrique yang kemudiannya disamakan oleh Rufino Segovia pada minit-minit akhir perlawanan.

Di atas kertas, Selangor jelas mempunyai kelebihan dimana mereka mencatat dua kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir berbanding pasukan lawan yang mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Ramalan kami: Selangor 2-0 Petaling Jaya City FC

#VocketFCxIflix

Hasil kerjasama Vocket FC dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa sebarang pendaftaran. Anda hanya perlu klik Vocket FC LIVE untuk mengikuti perlawanan ini.

Selangor x Petaling Jaya City FC

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group