Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) teruja dan juga bersedia dengan penganjuran Asia Challenge Cup 2020 yang bakal berlangsung pada 18 dan 19 Januari ini.

Kejohanan yang disertai oleh empat pasukan dari empat negara Asean itu bakal mencipta sejarah tersendiri sebagai kejohanan pra musim pertama di Malaysia.

FAS menerusi Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon berkata Asia Challenge Cup bakal memberikan pendedahan bukan sahaja kepada Selangor tetapi kepada peminat mengenai kualiti kelab dari negara Asean yang lain.

Selangor
Sumber Gambar: Selangor Kini

“Ini satu pencapaian baharu yang baik, belum pernah dianjurkan di Malaysia apabila kita menjemput pasukan hebat di negara Asia iaitu Hanoi FC, Persib Bandung, Bangkok United.

“Tiga pasukan gergasi akan hadir. Itu satu juga peluang kepada warga Shah Alam menikmati dan melihat kualiti bola sepak ini di peringkat Asia. Kita mahu menjadi sebahagian daripada perlawanan ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada masa yang sama, pemain tengah Selangor, Brendan Gan mahu menampilkan prestasi terbaik sebagai persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020.

“Saya akan lakukan yang terbaik setiap kali beraksi di padang agar peminat bola sepak seronok dan teruja menyaksikan perlawanan itu.

“Harapan saya setiap kali bermain untuk memenangi setiap perlawanan, ia bukan semua yang mudah kerana setiap pasukan ada kekuatan tersendiri tetapi kami yakin dapat melakukan yang terbaik,” kata Brendan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Kedah Dan Selangor Masih Belum Setaraf Johor Darul Ta’zim

Liga Malaysia 2020: Asraruddin Putra Omar Kembali Sertai Selangor?

Mukhairi Ajmal Sah Sertai Pasukan Selangor