Kawasan perkarangan Stadium Shah Alam bakal diberikan ‘nyawa’ baru apabila projek pembinaan Bandar Belia & Sukan bernilai RM8 bilion dibina menurut laporan dari Selangor Journal.

Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, projek itu akan dibangunkan melalui Kerjasama Awam Swasta atau Public-Private Partnership (PPP).

“Kerajaan negeri ingin melaksanakan projek membangunkan bandar terutama di kawasan berpotensi tinggi yang mengalami kemerosotan dan akibat lama terbiar.

sportscity

“Inisiatif ini dirancang untuk dilaksanakan dikawasan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 dengan nilai pembangunan kasar sekitar (GDV) RM8 bilion,” kata beliau semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Undangan Negeri.

Tambah Menteri Besar Selangor itu lagi, Bandar Belia dan Sukan ini akan menggunakan konsep Green Urbanism, selari dengan persekitaran yang lestari dan bandar pintar.

Sebelum ini pada 7 Ogos, Dato’ Seri Amirudin Shari menyatakan bahawa jumlah keseluruhan kos untuk membaiki Stadium Shah Alam yang berusia 26 tahun itu mencecah RM250 juta, dimana RM30 juta daripadanya adalah kos untuk menggantikan bumbung polycarbonate dan juga pendawaian elektrik.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Camilo Sanvezzo Catat Hatrik Bertemu Atletico San Luis, Momentum Padu Sebelum Ke Liga Malaysia?

Sumareh Buat Penampilan Pertama Bersama Police Tero FC, Impak Positif Dipamerkan Berjaya Curi Tumpuan

Felda United Dan UKM FC Gagal Penswastaan Kelab Bola Sepak Bersyarikat, Sah Tidak Layak Sertai Liga Anjuran MFL 2021

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group