Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan pembangunan, Selangor 2 diperkuatkan dengan kebadiran bintang muda Myanmar, Hein Htet Aung bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Htet Aung menjadi pemain import ketiga yang beraksi bersama Selangor 2.

Htet Aung menarik perhatian setelah beliau menjadi pemain dengan assist terbanyak dalam saingan liga di kalangan negara Asia Tenggara musim lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu mengumpul 9 assist, lebih daripada beberapa pemain ternama seperti Diogo Luis Santo yang musim lalu beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bintang muda Thailand, Jaroensak Wonggorn (Samut Prakan City FC).

Sebelum ini, Selangor 2 menandatangani dua pemain muda Ghana secara pinjaman dari kelab bola sepak Accra Lions iaitu George Attram yang berusia 20 tahun dan Jordan Ayimbila yang berumur 19 tahun.

Attram merupakan pemain di bahagian serangan manakala Ayimbila beraksi di posisi pertahanan tengah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Mempunyai Ketinggian 191 cm, Mamadou Wague Bakal Berganding Dengan Herold Goulon Dalam Skuad Pahang

Kenali Nike Flight, Bola Rasmi Liga Malaysia 2021

Selepas Dua Musim, Safiq Rahim Kembali Ke Pangkuan JDT

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group