Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan menegaskan selalu dihina dan cacian berbaur perkauman menjadi faktor utama mengapa beliau memutuskan untuk memuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Satia membuat laporan polis Jumaat lalu dan pengendali berusia 63 tahun itu menyatakan keputusan tersebut diambil bagi memastikan keselamatan beliau dan ahli keluarga terjamin.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

“Hinaan dan cacian termasuk serangan rasis serta mengaitkan saya dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah perkara yang tidak boleh diterima.

“Selama ini jika mereka mengkritik secara berhemah tiada masalah malah ia adalah perkara yang perlu saya terima sebagai seorang jurulatih.

“Namun, serangan kali ini buat saya hilang sabar dan perlu ada tindakan undang-undang dikenakan terhadap individu berkenaan yang melampau batas,” katanya menurut laporan Harian Metro.

B.Satianathan
Sumber Gambar: MFL

Sebelum ini, Satia berang dengan kritikan serta komen daripada sesetengah peminat yang berbaur perkauman ditujukan kepada beliau dan pemain berbangsa India dalam pasukan seperti K.Prabakaran.

Kritikan serta cacian tersebut dilontarkan setelah Selangor meraih keputusan seri 1-1 ketika bertemu pasukan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu lalu.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Benteng Pertahanan Selangor Rapuh, Tuai Kritikan Pedas Dari Peminat

B.Satianathan: Saya Tiada Masalah Dengan Penyokong Yang Hadir Ke Stadium, Tetapi Di Laman Media Sosial

B.Satianathan: Keletihan Punca Pasukan Gagal Raih Kemenangan