Jika anda mahu menjadi pemilik kelab terutamanya kelab yang beraksi di Eropah, sudah pasti anda memerlukan wang yang banyak bagi memastikan anda boleh menampung perbelanjaan pasukan setiap musim.

Sejak 10 tahun terakhir, jutawan atau ahli perniagaan dari Asia mula berkecimpung dalam arena bola sepak. Jutawan dari Malaysia juga tidak terkecuali apabila dua taikun iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes masing-masing mempunyai kelab di Eropah.

Di sini, kami senaraikan lima kelab Belgium selain KV Kortrijk yang dimiliki oleh jutawan dari rantau Asia.

1. Beerschot

Putera Arab Saudi, Abdullah Bin Mosaad merupakan pemilik bersama kelab yang beraksi dalam saingan divisyen kedua liga bola sepak Belgium ini.

2. K.A.S. Eupen

Eupen dimiliki oleh sebuah organisasi dari Qatar iaitu Aspire Zone Foundation. Akademi Aspire juga pernah beraksi dalam saingan Supermokh Cup pada 2017 lalu.

3. Lommel S.K.

Lommel dimiliki oleh City Football Group (CFG) yang diketuai oleh Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan. CFG juga memiliki beberapa kelab lain di Eropah seperti Manchester City dan Girona serta kelab J. League, Yokohama F Marinos.

4. OH Leuven

KV Kortrijk
Kawin Thamsatchanan

Leuven dimiliki oleh syarikat dari Thailand iaitu King Power. Syarikat ini turut menjadi pemilik kepada bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City. Penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan pernah beraksi bersama Leuven.

5. Sint-Truidense V.V.

KV Kortrijk
Nguyen Cong Phuong

Sint-Trudense dimiliki oleh sebuah syarikat perkhidmatan atas talian dari jepun, DMM. Pemain skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Cong Phuong pernah beraksi bersama kelab ini.

Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk di sini:

KV Kortrijk Dibenarkan Memohon ‘Special Permission’ Untuk Luqman Hakim, Semua Dokumen Perlu Lengkap

FAS Capai Persetujuan Dengan KV Kortrijk Mengenai Perpindahan Luqman Hakim

Vincent Tan Sudah Ada Perancangan Sendiri Untuk Luqman Hakim Dalam Skuad KV Kortrijk