Seorang wartawan bola sepak Vietnam telah memberikan satu komen panas mengenai pemain bintang negara itu, Nguyen Quang Hai berkaitan isu samada beliau patut berhijrah ke luar negara atau pun tidak.

Truong Anh Ngoc menjelaskan, pemain itu sepatutnya meneruskan aksi dalam saingan bola sepak Vietnam dan tidak perlu pun berfikir untuk beraksi di liga luar negara.

“Saya rasa 2 tahun lepas adalah masa untuk Quang Hai dan wakilnya melihat samada permainannya sudah mencapai tahap eropah atau dunia. Secara peribadi, dia adalah pemain no.1 tetapi dalam bola sepak dunia Quang Hai adalah nothing.”

“Banyak perkara akan jadi penghalang beliau ke luar negara.”

1_2551261

Truong Anh Ngoc menjelaskan  bahawa, posisi Quang Hai itu adalah sangat penting dalam bola sepak dimana posisi ini memerlukan seseorang pemain itu memiliki sesuatu yang berbeza atau unik.

Ia bukan sahaja mengenai tactical thinking, tetapi fizikal serta kemampuan pemain itu untuk menyesuaikan diri dengan pasukan. Jadi, melihat kepada perkara ini, Quang Hai sebenarnya mengalami kesukaran untuk bersaing dengan pemain kelas 2 eropah sekalipun.

Kedua, beliau mengaitkan bentuk fizikal kecil Quang Hai yang mungkin akan jadi penyebab seterusnya untuk dia beraksi diluar negara.

quang-hai-viet-nam

Pemain seperti Quang Hai terlalu banyak di eropah dan mungkin berada ditahap yang lebih tinggi dari segi kualiti. Penghijrahan ke benua itu juga tiada jaminan untuk beliau beraksi seterusnya mendedahkan beliau kepada isu yang sama seperti 2 pemain seperti Nguyen Cong Phuong dan juga Luong Xuan Truong.

Dilaporkan pada awal 2019, Quang Hai telah berjaya menarik minat kelab dari La Liga – Alaves, namun kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan akhir. Wakil dari Alaves menyatakan kekesalan selepas gagal membawa bakat besar dari Vietnam tetapi menghormati keputusan pemain itu.