Sejak petang tadi ‘kecoh’ diperkatakan mengenai sebuah kelab bola sepak baharu yang menggunakan nama Rakyat United dan ia telah menjadi topik perbualan hangat netizen dipelbagai platform media sosial.

Kira-kira jam 8 malam tadi, laman sosial Rakyat United telah memuat naik infografik berkenaan kelab itu yang sedang membuka permohonan untuk mana-mana pemain amatur atau profesional untuk menyertai kelab itu.

Sperti gambar dibawah, Rakyat United nampaknya sedang membina 3 buah pasukan dengan seberapa segera untuk aksi Liga Super/Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia lengkap dengan maklumat mengenai had umur serta lingkungan gaji yang ditawarkan.

Dalam kemaskini itu juga beberapa maklumat lain didedahkan seperti stadium dan pusat latihan rasmi pasukan adalah berpangkalan di Lembah Klang, serta tarikh tutup untuk menghantar permohanan adalah pada 6 November 2020.

Jelas, pasukan ini tergesa-gesa mencari pemain untuk dipilih dan didaftarkan bagi aksi saingan musim hadapan, tetapi masih samar bagaimana sebuah pasukan yang secara tiba-tiba muncul mampu untuk melakukan persiapan ke aksi Liga Super atau Liga Premier.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

RASMI: Zense Entertainment Beli Hak Penyiaran Thai League 8 Musim Sehingga 2028 Bernilai Hampir RM200 Juta Semusim

“Malaysia Adalah ‘Comfort Zone’ Saya, Thai League Adalah Cabaran Baru Dan Saya Perlu Buktikan Kemampuan.” – Sumareh

Pertembungan Faiq Bolkiah Dan Safawi Rasid Akan Berlaku Ketika Maritimo Berdepan Portimonense SC?