Sebuah pasukan Liga Super dikhabarkan sedang dalam proses untuk menamatkan khidmat ketua jurulatih pasukan disebabkan beberapa masalah tertentu yang dianggap merugikan kelab.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam namun beliau tidak menjelaskan secara terperinci pasukan mana yang bakal menamatkan kontrak ketua jurulatih mereka.

Ada beberapa pasukan dalam saingan liga ketika ini yang tidak menunjukkan prestasi terbaik mereka antaranya Kedah Darul Aman yang mana mereka hanya berjaya mencatat satu kemenangam dalam enam perlawanan liga yang dihadapi.

Ini berpunca daripada jadual padat yang dihadapi oleh skuad bimbingan Aidil Sharin dimana mereka turut beraksi dalam saingan Piala AFC yang dilangsungkan di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Selain itu, kelab dari Lembah Klang iaitu Selangor juga dikaitkan dengan pertukaran ketua jurulatih dimana peminat sebelum ini menggesa Michael Feichtenbeiner untuk meletak jawatan setelah Selangor tewas kepada Melaka United pada awal bulan ini.

Musim hadapan menyaksikan saingan Liga Super akan berwajah baharu dimana sebanyak 18 pasukan akan bersaing selain satu lagi liga iaitu Liga Simpanan akan ditubuhkan bagi menggantikan Liga Premier yang dihentikan buat sementara waktu.

Liga divisyen pertama musim 2023 yang disertai oleh 18 pasukan ada zon penyingkiran ke liga bawahan. Bagaimanapun, jumlah pasukan Liga Super akan dikurangkan kepada 16 pasukan mulai musim 2024 tetapi tiada penyingkiran ke liga bawahan.

Tahun ini (2022), dua pasukan paling bawah Liga Premier akan bersaing dengan 2 pasukan Liga M3 untuk slot ke-17 dan ke-18 Liga Super tahun 2023 namun wakil M3 wajib memenuhi kriteria pelesenan kelab MFL sebelum diterima masuk ke Liga Super di mana bagi musim 2023 pula, Liga Super akan bergerak ke liga 16 pasukan.

Ada satu lagi perubahan yang mengejutkan peminat bola sepak tempatan iaitu mengenai pertambahan jumlah pemain import untuk setiap pasukan yang bertanding. MFL mengesahkan setiap pasukan dibenarkan mengambil 9 pemain import tetapi hanya 5 pemain import beraksi di atas padang manakala seorang lagi pemain berada di bangku simpanan mengikut peraturan AFC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Daniel Ting Ucap Terima Kasih Kepada Kuala Lumpur City

Isu Pengadil Tendang Fazly Mazlan, Subkhiddin Gesa Pihak Bersalah Diadili Sewajarnya

Pasukan Liga Super Dibenarkan Ambil 9 Pemain Import Mulai Musim Depan