Mauricio Pochettino telah menyatakan secara terbuka hasratnya, bahawa beliau berharap suatu hari kembali semula ke Tottenham dan menyempurnakan urusan yang belum selesai.

Bekas pemain antarabangsa Argentina itu menjadi di Spurs selama lebih dari lima tahun, memimpin mereka ke empat teratas Liga Perdana di setiap musim, dan mara ke final Liga Juara-Juara tahun lalu.

Namun malangnya beliau tidak dapat memberikan piala sepanjang menguruskan Spurs, dan dipecat pada November 2019.

Jose Mourinho kini bertugas sebagai pengurus Tottenham, tetapi Pochettino tetap yakin bahawa beliau akan bergabung semula dengan Spurs dalam satu lagi fasa di dalam kariernya.

Pochettino mengakui, Spurs berada di ruang paling dalam di hatinya.

“Ia adalah perjalanan yang luar biasa, namun pastinya semua orang tidak mahu ia berakhir seperti itu.”

“Tetapi di dalam dada, di dalam jiwa, di dalam hati saya, saya pasti bahawa kita akan bersatu sekali lagi. Yang pasti, pada saat ini, sejak saya meninggalkan kelab, impian saya adalah; suatu hari nanti akan kembali dan mencuba – menyelesaikan urusan yang belum kita selesaikan”

“Kami hampir memenangi trofi. Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, kami sangat dekat. Kami berakhir seperti sekarang ini.”

“Sudah tentu saya tidak sabar untuk terus maju ke hadapan dan saya sangat bermotivasi untuk projek seterusnya. Tetapi, jauh di dalam hati saya, suatu hari nanti, saya mahu kembali [ke Spurs]. Kelab ini istimewa, peminat sangat istimewa. ”

Beliau menambah: “Mungkin dalam lima tahun, mungkin dalam 10 tahun lagi, tetapi sebelum saya mati saya ingin menguruskan Tottenham lagi dan berusaha, kalau boleh untuk memenangi satu piala dengan mereka.”

“Saya ingin merasakan apa ertinya memenangi satu trofi bersama Tottenham kerana penyokong mereka luar biasa.”

“Penyokong memberikan kami sokongan yang tak terhingga. Jadi, pastinya peluang terbaik untuk membalasnya adalah dengan memenangi piala.”

Begitulah sayangnya Pochettino kepada Spurs. Jika korang perasan, baju yang dipakai beliau adalah sama dengan baju ketika separuh akhir UCL berdepan Ajax yang sangat dramatik.

Mauricio Pochettino dikaitkan dengan Newcastle United, selepas kelab itu menyelesaikan urusan perpindahan pemilikan kelak.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain:

Lyon Bantah Liga Dihentikan, Hantar Kertas Cadangan 23 Muka Surat

Arsenal Berminat Dapatkan Dembele Secara Pinjaman

United Mahukan Saul Niguez, Atletico Letak Harga €150 Juta