Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam mengumumkan pelantikan Scott O’Donell dari Australia sebagai pengarah teknikalnya yang baharu. Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee yang telah meletak jawatan pada 10 September 2021.

Malah, O’Donell turut mencadangkan kepada pengurusan FAM untuk melantik jurulatih asing bagi mengemudi skuad Harimau Malaya selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan, baru-baru ini.

Menurutnya, jurulatih asing mampu mengubah landskap bola sepak negara berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki oleh mereka sekaligus membantu meningkatkan prestasi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

“Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang,” jelasnya.

Ketika ini, timbul khabar angin di laman sosial mengatakan jurulatih Kuala Lumpur, Bojan Hodak adalah antara calon hangat yang bakal mengambil alih tugas Tan Cheng Hoe dalam skuad kebangsaan.

Selain itu, bekas ketua jurulatih kebangsaan Thailand iaitu Kiatisuk Senamuang turut disebut sebagai salah seorang calon ketua jurulatih Malaysia. Perkembangan ini didedahkan oleh sebuah media terkenal di Thailand iaitu Thairath.

Dalam artikel yang diterbitkan semalam, Thairath menyatakan bahawa FAM bersedia untuk mempertimbangkan Kiatisuk Senamuang sebagai calon walaupun beliau ketika ini merupakan ketua jurulatih kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL) dalam sainga V.League.

Kiatisuk Senamuang yang lebih dikenali sebagai Zico, beliau mula membawa pasukan HAGL pada 20 November 2020 dengan kontrak selama 2 tahun dan ini bermakna kontraknya bersama kelab itu masih berbaki sehingga tamat musim 2022.

Malah, beliau pernah beraksi dalam Liga Malaysia sebagai pemain import pasukan Perlis pada tahun 1998 hingga 1999.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta