Legenda Man Utd, Paul Scholes meningatkan pasukan kesayangannya itu bahawa mereka sebenarnya masih lagi jauh di belakang pasukan seperti Man City dan Liverpool.

Scholes tidak mahu United terlalu terbuai-buai dengan prestasi semasa – sebelum liga berehat – dan juga kehebatan Bruno Fernandes di atas padang.

Bruno Fernandes menunjukkan aksi luar biasa selepas tiba dari Sporting CP pada Januari 2020. Fernandes sudah menjarinkan 2 gol dan memberikan 3 assist dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Scholes tiada keraguan bahawa Bruno Fernandes telah menambahkan lagi kualiti dalam pasukan United – yang selama ini kurang.

Scholes menyatakan: “Satu perkara yang saya perhatikan, Bruno Fernandes tidak seperti pemain tengah. Beliau lebih kepada nombor 10.”

“Beliau sangat bagus dengan bola dan sentiasa berada di kedudukan ‘half turn’. Beliau sentiasa menghubungkan pasukan United di atas padang.”

“Sama ada beliau boleh bermain sebagai pemain tengah dalam sistem 2 pemain tengah [2 CM], kita masih belum lagi melihat aksi itu.”

“Fernandes lebih kepada Eric Cantona, Teddy Sheringham – pemain yang boleh menewaskan pemain lawan juga.”

scholes

“Beliau adalah pemain yang sangat dirindui di Old Trafford selama ini dan beliau berjaya memberikan keceriaan kepada semua orang di sana. Pasukan bermain dengan baik dan mereka kelihatan lebih mengancam di hadapan gol.”

Prestasi cemerlang Bruno Fernandes membolehkan mereka berjaya meletakkan diri mereka hanya 3 mata di belakang pasukan di tangga keempat – Chelsea.

Namun begitu, Scholes merasakan United masih perlu melakukan beberapa pembelian lagi untuk berada setaraf dengan Manchester City dan Liverpool.

Scholes bimbang jika United terbuai buai dengan prestasi Fernandes dan tidak melakukan penambahan lagi selepas ini.

Scholes merujuk kepada kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris, di mana Liverpool dan City jauh meninggalkan United. Dan itu adalah hakikatnya.

“Mereka [United] masih lagi di belakang. Mereka membeli pemain yang hebat yang kelihatannya berjaya menyatukan pasukan di atas padang.”

“United memang ada kumpulan pemain yang baik, namun mereka tidak memiliki pemain seperti David Silva atau Kevin De Bruyne yang boleh menyatukan satu pasukan.”

“Mereka masih lagi di belakang, walaupun nampak bagu sekali sejak kehadiran Bruno Fernandes. Tetapi Man City dan Liverpool, jauh di hadapan.”

“Mereka perlukan 3 atau 4 pemain baru lagi untuk membantu mereka.”

“Namun sebenarnya, inilah pertama kalinya, sejak sekian lama, anda merasakan United akan mampun merapatkan jurang dengan pasukan tersebut.”

Baca perkembangan bola sepak yang lain:

Zenit Guna Dron Serah Trofi Pemain Terbaik Kepada Malcom

Kecewa Dengan Kepimpinan Bartomeu, 6 ‘Board’ Letak Jawatan

Messi Bengang Dilapor Bayar Ikat Jamin Ronaldinho Sebanyak RM6.4 Juta