Legenda Manchester United, Paul Scholes meminta supaya kelab tersebut tidak tergesa-gesa dan dapat memberikan ruang buat bekas rakan sepasukannya, Ole Gunnar Solskjaer sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini untuk mengendalikan The Red Devils.

Masa depan Solskjaer bersama United seperti berada di persimpangan apabila kebanyakan peminat mereka mahu pengendali kelahiran Norway itu dipecat sekali gus digantikan dengan pengurus berkelas dunia.

Sejak menggantikan Jose Mourinho pada Disember 2018, Solskjaer masih belum mampu untuk menghadiahkan sebarang kejuaraan buat Manchester United.

Namun, Scholes beranggapan Solskjaer perlu diberikan masa untuk membentuk kelab yang mantap setelah beliau berjaya membawa masuk beberapa nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Raphael Varane, Edinson Cavani, Bruno Fernandes dan Jadon Sancho.

“Saya merasakan dia [Ole Gunnar Solskjaer] layak untuk diberikan peluang lagi,” ujar Scholes menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

“Sekiranya anda memikirkan tentang tiga atau empat bulan terakhir di mana United berada, ia memang mengejutkan bukan? Tidak bagus untuk ditonton sebelum dia datang ke sini.”

“Dia jelas memerlukan dua atau tiga tahun untuk membangunkan skuad dimana kami fikirkan kepingan ‘puzzle’ itu ada untuk melengkapkan kekurangan pasukan ini. Dia hanya perlu menyusunnya dengan tepat.”

“Terdapat banyak kegembiraan pada awal musim setelah empat atau lima perlawanan. Mereka berjaya mengalahkan Newcastle United (4-1) dan menundukkan Leeds United (5-1) dan dua perlawanan terakhir [bertemu Aston Villa dan Everton] pula mengecewakan.

“Tetapi, saya merasakan dia sewajarnya diberikan ruang. Dia telah membangunkan skuad dimana dia harus diberikan sekurang-kurangnya setahun, pada musim ini, untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengendalikannya dan memenangi trofi,” tambah Scholes lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

David Brooks Disahkan Menghidap Kanser Limfoma Tahap Dua

Van Gaal: Memang Lumrah Di Barcelona, Orang Asing Dipersalahkan

TRW Kelantan Bakal Perkenalkan Pas Bermusim Kepada Peminat

Sumber