Paul Scholes tidak menyangka bahawa Anthony Martial telah menjadi penyerang tengah Manchester United dan telah mendakwa pemain Perancis telah menipu (scam) seluruh peminat Man United pada musim lepas.

Scholes antara yang tekesan merasakan dirinya ditipu. Pada Ogos lalu, Scholes memuji Martial dan menganggap pemain itu sudah berkembang menjadi no.9 sebenar.

EkNCejZU4AA92ak

Martial mempunyai musim terbaiknya untuk United dalam kempen musim lalu. Pemain antarabangsa Perancis itu menamatkan kempen dengan 23 gol dalam 48 penampilan di semua pertandingan.

Oleh sebab itu Martial membuatkan Solskjaer percaya bahawa beliau layak memimpin barisan serangan United untuk jangka masa yang panjang.

Dan buat pertama kalinya Martial benar benar membuatkan penyokong United percaya bahawa mereka sudah memiliki no.9 yang terbaik.

martial ole

Ole Gunnar Solskjaer membawa masuk Odion Ighalo pada bulan Januari sebagai sandaran (back up) ke Martial dan kini telah menambah penyerang veteran, Edinson Cavani ke dalam skuad.

Scholes mendedahkan bahawa langkah untuk membawa pemain berusia 33 tahun itu adalah perlu kerana Martial ‘bukan penyerang tenga’ dan ‘menipu’ orang lain untuk berfikir bahawa dia memang penyerang ‘itu’.

Dan selepas dua bulan daripada kenyataan penuh pujiannya, Scholes merasakan dirinya di-scam.

EkNCejTUwAAGGRl

Scholes berkata:

“Penyerang ini [Martial] adalah pemain yang sangat berbakat. Kita semua tahu akan perkara itu,” kata Scholes mengenai Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood ketika bercakap dengan Stadium Astro.

“Masalah saya dengan penyerang United adalahl; tidak seorang pun dari mereka adalah penyerang tengah yang sejati.”

“Martial hampir membuat kita berfikir bahawa dia adalah salah seorang daripadanya [penyerang tengah elit] pada akhir musim lalu kerana dia menjaringkan begitu banyak gol dan cukup bagus.”

“Dia memulai musim ini dengan sangat buruk sekali lagi, yang membuat anda kembali berfikir dia sebenarnya bukan.”

“Ini sangat menyesatkan. Itulah sebabnya saya terus mengatakan kita memerlukan No. 9 kelas dunia.”

Bekas penyerang Monaco itu menjaringkan enam gol dalam sembilan penampilan di liga setelah akhir lockdown untuk membantu United menamatkan saingan empat teratas musim lalu. mengesahkan slot ke UCL musim ini.

Namun, dia masih belum menjaringkan gol sejak awal kempen ini dan diusir dari padang ketika aksi menentang Spurs kerana menampar Lamela dalam kekalahan United 6-1 dalam aksi terakhir.

Pemain berusia 24 tahun itu akan digantung tiga perlawanan seterusnya, bermula dengan Newcastle United pada hujung minggu ini. Membuatkan Solskjaer perlu memikirkan untuk mencari penggantinya.

Cavani akan menjadi pilihan yang jelas tetapi dia tidak tersedia untuk permainan di St James ‘Park.

Greenwood adalah calon terbaik pada masa ini. Namun beliau sebenarnya sangat selesa dengan posisi di sayap kanan. Peminat merasakan Greenwood adalah pilihan utama ketika ini.

United sebelum ini gagal mendapatkan Erling Haaland dan beberapa sasaran lain untuk posisi serangan.

Mereka melanjutkan kontrak pinjaman Odion Ighalo sehingga Januari 2021.

Scholes jelas berpendapat bahawa mereka masih memerlukan pengganti jangka panjang untuk Martial.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Cristiano Ronaldo Positif Covid-19, Camavinga Nampaknya Kena Cuci Juga Jersi CR7

Luis Enrique: De Gea Tak Salah!

Wenger: Mansuhkan UNL Yang Mengelirukan, Anjurkan Piala Dunia Dan Euro Setiap Tahun

 

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group