Seperti yang telah dilaporkan sebentar tadi, penyerang veteran skuad kebangsaan Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha dijangka akan menandatangani kontrak bersama juara liga M-150 Championship (Thai League 2) 2019, BG Pathum United pada hari Jumaat ini jika lulus ujian perubatan.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, Norshahrul Idlan Talaha mempunyai peluang untuk diturunkan dalam perlawanan pertama BG Pathum United menentang sebuah pasukan yang mempunyai nama besar, SCG Muangthong United di LEO Stadium pada 15 Febuari 2020.

Seorang lagi pemain Malaysia yang kini bersama pasukan Police Tero FC, Dominic Tan juga mempunyai jadual perlawanan pertama yang tidak kurang hebatnya apabila pasukan itu dijadualkan menerima kunjungan gergasi bola sepak Thailand, Buriram United di Boonyachinda Stadium pada 15 Febuari 2020.

Screenshot 2020-01-14 at 7.37.41 PM

Pastinya kedua-dua perlawanan ini akan menjadi perhatian ramai peminat-peminat bola sepak di Malaysia terutama perlawanan melibatkan Norshahrul Idlan Talaha, selepas beberapa kali cubaan beliau untuk beraksi diluar negara terhalang sebelum ini.

Screenshot 2020-01-14 at 7.38.18 PM

Kita juga dijangka akan dapat menyaksikan pertembungan 2 pemain dari Malaysia ini apabila BG Pathum United akan menerima kunjungan Police Tero FC pada 26 Febuari 2020 di LEO Stadium, dan perkara seperti ini boleh dikatakan jarang berlaku bagi pemain bola sepak Malaysia terutamanya.

Untuk rujukan anda semua, sila muat turun jadual perlawanan Thai League 1 musim 2020 dalam pautan dibawah artikel ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan sebagai rujukan anda.

‘The Master Plan’ Mahu Kelab Thai League 1 Guna Lampu Limpah Minima 3000 Lux Dalam Tempoh 10 Tahun

Norshahrul Idlan Talaha Bakal Sertai Kelab Thailand, BG Pathum United

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.

Sumber