Sporting Director kelab SCG Muangthong United, Ronnarit Suewaja mengesahkan bahawa mereka telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh kelab J1 League, Shimizu S Pulse untuk membawa Teerasil Dangda ke Jepun musim ini.

Kelab Jepun yang berpangkalan di Shizuoka itu sebelum ini dilaporkan membuat tawaran rasmi bernilai RM3 juta bagi mengikat penyerang legenda Muangthong United itu secara kontrak pinjaman selama 1 musim.

Dengan pengesahan dari pihak pengurusan tertinggi kelab SCG Muangthong United itu, Teerasil Dangda akan kekal mengetuai barisan serangan mereka dalam aksi Toyota Thai League 2020 walaupun terpaksa berdepan pelbagai masalah terutamanya faktor kewangan serta kehilangan pemain-pemain utama mereka musim 2019.

Sebagai rekod, pada musim 2018 Teerasil Dangda telah beraksi secara pinjaman bersama kelab Sanfrecce Hiroshima dan beliau berjaya turun dalam 32 perlawanan, menjaringkan 6 gol dan merekodkan 1,578 minit masa bermain.

Ketika ini, 2 bekas pemain kelab SCG Muangthong United berjaya mengikat kontrak penuh bersama kelab J1 League iaitu Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) dan Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos).

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Shimizu S Pulse Buat Tawaran Bernilai RM3 Juta Untuk Bawa Teerasil Dangda Ke J1 League 2020

Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League

SCG Muangthong United ‘Bercerai’ Dengan Jenama Grand Sport, Mahu Guna Jersi Jenama Sendiri