Kelab bola sepak profesional Thailand, SCG Muangthong United baru-baru ini telah mengumumkan secara rasmi kerjasama dengan kelab bola sepak gergasi Jepun, Urawa Reds Diamond dalam satu majlis yang diadakan di Bangkok beberapa hari yang lalu.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh portal sukan SiamSports, kerjasama kedua-dua kelab yang sinonim dengan warna merah itu pastinya akan membawa faedah besar kepada industri bola sepak untuk Thailand dan juga Jepun dimasa depan.

Sudah pasti, akan ada pemain-pemain mudah kelab SCG Muangthong United yang akan dihantar menjalani latihan atau pertukaran pemain serta jurulatih ke Urawa Reds, dan ia dilihat bakal memacu bola sepak Thailand untuk lebih berdaya saing.

Untuk makluman juga, kelab-kelab dalam saingan J.League diberikan pelepasan khas untuk mengambil mana-mana pemain dari negara yang berstatus “J.League Nations Partner” dan tidak akan menggangu slot pemain import kelab.

Ini merupakan satu klausa penting untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain yang berpotensi besar bagi mempamerkan aksi mereka diperingkat lebih tinggi dan kompetitif selain membuka ruang dan peluang kepada kelab meneroka peluang komersil.

Hubungan yang terjalin diantara kelab Thailand dan Jepun ini bukan satu perkara baharu sebenarnya kerana telah banyak kerjasama sebegini telah berlaku sejak lebih 1 dekad yang lalu seperti Vissel Kobe – Chonburi, FC Tokyo – TRUE Bangkok United, selain beberapa tournament pra musim yang banyak disertai oleh kelab-kelab Jepun.

Ini menyebabkan banyak pengaruh bola sepak Jepun dapat diperhatikan di Thailand sedikit sebanyak telah membuka pelbagai peluang untuk kedua-dua pihak sama ada didalam padang atau komersil dalam industri ini.

Astro Miliki Hak Penyiaran REVO Thai League 1 Musim 2021/2022, Mula ‘LIVE’ Pada 1 Oktober Nanti

Terjah Dada Lawan, Tolak Pengadil Dan Tumbuk Papan Penggantian, Sharbinee Digantung 5 Perlawanan Serta Denda RM7,000

Senarai 24 Pemain Skuad Harimau Malaya Yang Dipanggil Menjelang Perlawanan Persahabatan Berdepan Jordan Dan Uzbekistan