Kelab SCG Muangthong United semalam secara rasmi telah melengkapkan perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat gergasi elektronik Jepun, Sharp mulai musim 2020 ini.

Dengan kerjasama diantara kedua-dua pihak itu, Sharp muncul sebagai rakan strategik SCG Muangthong United dalam bidang meningkat pengalaman menonton para penyokong dengan teknologi 8K Aquos yang dimiliki oleh Sharp.

Selain itu, menurut kemaskini yang dibuat melalui laman Twitter rasmi kelab, Sharp juga akan turut membantu SCG Muangthong United untuk membangunkan bola sepak di Thailand melalui kelab yang berpangkalan di Nonthaburi itu.

Pengaruh yang dimiliki okeh pasukan SCG Muangthong United bersama rangkaian syarikat korporat dari Jepun memang tidak dapat dinafikan dan boleh dikatakan mereka merupakan kelab yang paling banyak bekerjasama dengan Jepun setakat ini.

Dengan pengumuman Sharp sebagai rakan strategik kerjasama itu, mengesahkan bahawa kelab SCG Muangthong United menamatkan penajaan bersama sebuah lagi syarikat elektronik besar Jepun, Toshiba.

Jika diperhatikan, 3 bekas pemain SCG Muangthong United kini akan beraksi dalam saingan liga bola sepak tertinggi Jepun iaitu Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo), Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) dan Teerasik Dangda (Shinizu S Pulse) musim 2020 ini justeru menambahkan keyakinan syarikat-syarikat gergasi dari Jepun untuk memberikan sokongan kepada mereka.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Gamba Osaka, Kashiwa Reysol Dan Sagan Tosu Buru Khidmat Pemain Tengah SCG Muangthong United

RASMI: Teerasil Dangda Sah Menyertai Shimizu S Pulse, Pemain Ke-3 Thailand Dalam J1 League 2020

Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Thai League 2020 Berlangsung Dengan Penuh Gilang Gemilang