Sebuah kelab bola sepak tersohor di Thailand, SCG Muangthong United dilaporkan telah ‘bercerai’ dengan penaja jersi mereka sebelum ini Grand Sport dan pasukan itu tidak lgi menggunakan jenama berkenaan mulai musim hadapan.

SCG Muangthong United diramalkan akan menghasilkan jersi jenama sendiri sama seperti seteru utama mereka iaitu Buriram United, seterusnya dapat mempertingkatkan lagi perolehan kepada kelab dari hasil jualan jersi itu nanti.

Seperti yang ramai tahu, pasukan yang berpangkalan dipinggir kota Bangkok ifu mengalami masalah kewangan yang serius sehingga terpaksa melepaskan beberapa pemain-pemain bintang mereka kepada pasukan lawan untuk cuba mengawal tanggungan yang dihadapi.

SCG Muangthong UNited

Diantara pemain yang telah dilepaskan oleh SCG Muangthong United adalah seperti Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos), Heberty Fernandes (Port FC – pinjaman), Adisak Kraisorn (Port FC) serta beberapa lagi pemain yang mempunyai nama besar seperti Sarach Yooyen dan juga lagenda mereka Teerasil Dangda yang difahamkan sedang mempertimbangkan tawaran pinjaman dari Shimizu S Pulse.

Mungkin hasil dari perpindahan pemain-pemain itu nanti sedikit sebanyak mampu untuk mengukuhkan aspek kewangan kelab selain hasil penjualan jersi yang bakal mempunyai margin yang lebih besar merupakan diantara strategi kelab untuk meneruskan survival.

 

53248388_2349438941747537_5290426460492791808_o

Walaupun berada dalam situasi yang semakin meruncing, usaha-usaha yang ‘sihat’ oleh pihak pengurusan begini harus dipuji kerana mereka berani membuat keputusan yang betul dan tidak mengharapkan sesuatu yang melucukan seperti membuka tabung serta mengharapkan ihsan dari kerajaan untuk meneruskan operasi kelab.

Semoga kita dapat belajar dengan lebih banyak lagi dari kelab-kelab di Thailand bagaimana untuk menguruskan pasukan bola sepak dengan baik dimasa hadapan.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kejohanan ASEAN Club Championship (ACC) Yang Akan Bermula Pada Bulan Mei 2020

Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League

Muangthong United Dilaporkan Terima Tawaran RM4.8 Juta Dari Yokohama F Marinos, Ikat Theerathon Bunmathan 3 Tahun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group