Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menegaskan beliau sedia untuk melepaskan jawatan beliau selaku presiden persatuan.

Menurut Bibi, peminat setia pasukan boleh berjumpa dengan beliau dan tidak perlu untuk mengadakan Kongres Luar Biasa (EGM).

“Datang jumpa saya, tak perlu buat Kongres Luar Biasa (EGM) dan saya bersedia lepaskan jawatan presiden.

“Apa yang dilakukan tiga, empat orang yang menggantung kain rentang dan poster tidak membantu menjernihkan keadaan pasukan, malah saya rasa jika saya lepas jawatan ini, pengurusan pasukan akan lebih kucar kacir. Oleh itu saya lebih hargai penyokong setia pasukan.

presiden-bibi-ramjani
Sumber Gambar: Stadium Astro

Tambah Bibi, empat pasukan yang berada di bawah naungan KAFA (The Red Warriors, The President Warriors, The Young Warriors dan pasukan bola sepak wanita Kelantan) akan berdepan kesukaran jika tiada pengganti segera.

“Oleh itu, jika ada yang mahu ganti tempat saya, dia tak perlu desak Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) untuk buat EGM kerana ia akan mengambil masa lama, sebaliknya terus datang berjumpa dengan saya serta saya bersedia lepaskan,” katanya menurut laporan Berita Harian.