Pemain tengah Selangor, Nurridzuan Abu Hassan tampil memohon maaf di atas tindakan beliau yang membuat isyarat lucah terhadap penyokong pihak lawan pada perlawanan Liga Super 2019 menentang Perak di Stadium Shah Alam Jumaat lalu.

Nurridzuan mengacukan jari tengah ke arah penyokong Perak selepas beliau dibuang pada pada separuh masa kedua. Nuri menyatakan beliau bersedia dengan apa saja hukuman yang akan diberikan majikannya, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Nuri

Sumber Gambar: Twitter

“Saya mula fikir kembali selepas saya beredar dari padang, pertama saya sudah membebankan pasukan kerana bermain dengan 10 pemain. Saya juga rasa bersalah kepada penyokong Perak.

“Sepatutnya saya tidak perlu layan provokasi penyokong, hanya terus masuk ke dalam bilik persalinan. Buat masa sekarang pihak pengurusan belum kata apa-apa lagi.

“Penyokong tidak membabitkan keluarga saya ketika melakukan provokasi jadi saya rasakan biarkan perkara itu berlalu. Saya meminta maaf atas apa yang sudah berlaku,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid berkata pihaknya sudah mendapat laporan dan juga bukti berdasarkan gambar dan rakaman video insiden itu.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group