Bekas penyerang import pasukan Kelantan, Mustafa Zazai mendedahkan sebab utama beliau mengambil keputusan untuk angkat kaki dan meninggalkan skuad The Red Warriors.

Sebuah laman di media sosial Facebook, La BOLA Malaya membuat pendedahan dimana penyerang skuad kebangsaan Afghanistan itu tidak menerima sebarang gaji selama tiga bulan daripada majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

Selain itu, Zazai merasa seperti tidak dihargai terutama setelah Yusri Che Lah kembali dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=338760613488850&id=137773320254248

Tambah Zazai, faktor luaran yang lain seperti beliau terpaksa mengosongkan rumah sewa akibat KAFA tidak menjelaskan bayaran sewa sedikit-sebanyak mengganggu fokus beliau bersama Kelantan sekaligus gagal menampilkan aksi terbaik.

Penyerang berusia 27 tahun ini kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada peminat setia yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan agar pasukan Kelantan segera bangkit daripada masa-masa kelam.

Mustafa Zazai
Sumber Gambar: KAFA

Sebelumnya, Zazai menjadi pemain kedua selepas Raul Tarragona yang meninggalkan skuad The Red Warriors musim ini.

Tindakan kedua-dua pemain disusuli dengan pemergian Flavio Beck Junior dan yang terbaru Cassio De Jesus. Kini Kelantan dibarisi oleh 100 % pemain tempatan.